PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MENENGAH HARIAN: SMK DATO’ BENTARA DALAM, SEGAMAT, JOHOR

Hartini Adenan, Nur Farah Jais

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap perkhidmatan makanan di kantin sekolah dalam hubungan antara kebersihan, kepelbagaian menu, harga makanan dan layanan pekerja. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kebersihan, kepelbagaian menu, harga makanan dan layanan pekerja kantin terhadap pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 82 orang responden terdiri daripada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam, Segamat, Johor. Dalam kajian ini, dua jenis persampelan telah dipilih iaitu persempelan rawak berstrata dan persempelan rawak serta menggunakan SPSS untuk menganalisis data untuk membuktikan sama ada hipotesis yang dibentuk diterima ataupun ditolak. Manakala ujian Kolerasi Pearson dan ujian Regrasi digunakan untuk memperoleh keputusan kepada persoalan kajian. Hasil dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara perkhidmatan makanan, kebesihan, kepelbagaian menu dan layanan pekerja namun harga makanan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkhidmatan makanan. Kajian ini membuktikan bahawa persepsi yang positif kepada pelajar sekolah berkenaan terhadap perkhidmatan makanan Di Sekolaj Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam, Segamat, Johor.


Keywords


food service, hygiene, menu diversity, food prices, service workers

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.