BUKIT SUPAI AS A TOURISM DESTINATION

Shariffudin Amir Hashim, Mohd Afendi Daud

Abstract


Artikel ini mengkaji Bukit Supai sebagai sebuah destinasi pelancongan yang dapat menarik ramai pelancong yang melancong di luar dari bandar Melaka yang selama ini bertumpu hanya di bandar Melaka. Bukit Supai bukan sahaja mempunyai nilai sejarah tetapi juga mempunyai nilai sebagai destinasi pelancongan. Di atas Bukit Supai itu terdapat kesan sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Supai iaitu suatu ketika dahulu merupakan sebuah kubu Belanda. Bukit Supai merupakan satu tempat yang strategik dalam mengawal jalan laut masuk dan keluar ke Melaka. Banyak kapal yang lalu untuk berdagang di Melaka. Pengkaji melihat Bukit Supai dari sudut keselamatan, kebersihan dan kemudahan yang boleh didapati di atas Bukit Supai. Ketiga-tiga elemen itu amat penting bagi menarik lebih ramai lagi pelancong sama ada dalam atau luar negara datang berkunjung ke Bukit Supai sambil melihat kesan sejarah peninggalan Belanda dan menikmati suasana yang aman. Kajian ini melakukan kaedah kajian secara kuantitatif. Data yang didapati akan dianalisakan dengan menggunakan SPSS22 bagi memudahkan pengkaji menganalisa hasil dapatan dan seterusnya melihat kelebihan dan kelemahan terutama perkhidmatan yang terdapat di Bukit Supai. Seterusnya memberi cadangan atau saranan yang perlu dilakukan dalam menarik lebih ramai pelamcong datang melawat Bukit Supai.


Keywords


Bukit Supai, keselamatan, kebersihan, kemudahan, Melaka

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.