KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP RESTORAN MAKANAN SEGERA : SATU KAJIAN DI MASJID TANAH MELAKA

Hartini Adenan, Dina Syamilah Zaid, Siti Mahera Ahmat Amin, Dziela Muhamad Parid

Abstract


Restoran Makanan Segera dan dikenali sebagai Quick Service Restaurant (QSR) adalah restoran yang menghidangkan makanan dan minuman dalam waktu singkat dari tempahan oleh pelanggan. Kebiasaanya, menu makanan adalah segera dihidangkan seperti burger atau ayam goreng. Kepuasan pelanggan terhadap restoran makanan segera menjadi subjek utama untuk menarik pelanggan datang ke restoran dan seterusnya datang kembali selepas mendapat perkhidmatan yang memuaskan hati mereka. Pada masa kini, kebanyakan pelanggan yang datang makan di restoran mempunyai pendedahan dan pengetahuan tentang kualiti perkhidmatan yang diberi melalui pelbagai sumber. Berdasarkan beberapa kajian lepas, pelanggan di restoran percaya mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang perkhidmatan yang diberi oleh pekerja seperti kebersihan makanan yang dihidangkan kepada mereka di restoran makanan segera. Mereka juga percaya bahawa restoran yang dikunjungi harus mempunyai layanan yang baik dari pekerja kepada pelanggan untuk menarik mereka datang kembali ke restoran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kebersihan makanan, pekerja yang menghormati pelanggan dan layanan yang diterima baik di restoran berkenaan samada mempengaruhi atau tidak terhadap kepuasan pelanggan di Restoran Makanan Segera sekitar Masjid Tanah, Melaka. Responden kajian terdiri daripada pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan di restoran berkenaan di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Kajian ini diharap mampu membantu terutamanya pihak industri perkhidmatan makanan untuk melaksanakan dan meneruskan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan untuk menjamin kepuasan hati mereka dan menjalankan operasi restoran dengan lebih baik dan teratur.


Keywords


Restoran Makanan Segera, Kebersihan makanan ,Pekerja, Layanan, Kepuasan pelanggan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.