KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB SECARA DALAM TALIAN

Nur Adila Kamarudin, Nik Mohd Rahimi

Abstract


Pengajaran dan pembelajaran memerlukan kepada komunikasi antara guru dan murid. Komunikasi
bukan lisan merupakan elemen yang penting dan perlu berjalan seiringan dengan komunikasi lisan
lebih-lebih lagi melibatkan pengajaran bahasa Arab secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti komunikasi bukan lisan dalam pengajaran guru bahasa Arab secara dalam talian serta
hubungannya dengan pengurusan pengajaran guru. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik iaitu google form secara
dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 124 orang guru bahasa Arab yang bertugas dan
berkhidmat di sekolah rendah sekitar daerah Kinta Selatan, Perak. Persoalan kajian terjawab dengan
analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS 22. Dapatan kajian menunjukkan
komunikasi bukan lisan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (min= 4.74, s.p.=0.39).
Dapatan bagi persoalan yang kedua pula melibatkan kemahiran bukan lisan yang mendominasi
pengajaran guru bahasa Arab dan dimensi persekitaran menunjukkan tahap yang paling tinggi iaitu
(min=4.81, s.p.=0.37). Seterusnya, analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat
hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara amalan kemahiran bukan lisan guru dengan
pengurusan pengajaran bahasa Arab (r= 0.463, p<0.01). Dapatan kajian ini telah memberikan
implikasi terhadap amalan kemahiran bukan lisan dalam pengajaran guru serta dasar latihan guru
sama ada dalam kalangan guru pelatih dan guru di peringkat sekolah menengah ataupun rendah.
Kesimpulannya, amalan kemahiran bukan lisan ini memberi kesan yang positif terhadap pengajaran
guru lebih-lebih lagi secara dalam talian. Hal ini mampu membantu murid untuk memahami isi
pengajaran serta arahan yang ingin disampaikan oleh guru secara lebih berkesan.

Keywords


komunikasi bukan lisan, bahasa Arab, dalam talian, pengurusan pengajaran guru

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.