INOVASI GURU DALAM PENGAJARAN MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA MURID DALAM BAHASA ARAB DI SEKOLAH

Najwa Humaira’ Mat Nor, Nik Mohd Rahimi

Abstract


Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menyelidik tentang masalah kosa kata bahasa Arab yang dihadapi
oleh murid di sekolah dan inovasi yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran bahasa Arab. Penguasaan
kosa kata amat penting dalam pembelajaran bahasa terutama dalam bahasa asing seperti bahasa Arab
dan masalah ini perlu diselesaikan dengan menggunakan bahan-bahan bantuan daripada guru-guru.
Bagi mendapatkan data kajian, temubual secara dalam talian telah dilakukan. Responden kajian
melibatkan tiga orang guru dalam kawasan Kuala Lumpur dan juga Selangor. Hasil daripada temubual
tersebut mendapati wujudnya masalah kosa kata bahasa Arab dalam kalangan murid. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa pelbagai inovasi telah dilakukan oleh guru dan murid telah menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan kosa kata bahasa Arab.

Keywords


masalah murid, kosa kata, inovasi, peningkatan, penguasaan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.