PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN KANAK-KANAK DALAM KALANGAN GURU TABIKA KEMAS: SATU KAJIAN KUALITATIF

Sylvester Ronny Anak Pulene

Abstract


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam
merancang aktiviti PdP. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menganalisis pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dalam kalangan guru TABIKA KEMAS. Seramai lima orang
guru TABIKA KEMAS yang mengajar di sekitar Zon Selatan, Semenanjung Malaysia dipilih sebagai
peserta dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data
kajian melalui temu bual. Data temu bual dikumpul dan diurus menggunakan perisian Nvivo7. Kesahan
data dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, bertaklimat dengan rakan sejawat dan pengesahan
daripada peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh melalui audit trail dan mendapatkan
perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Secara keseluruhannya, dapatan
menunjukkan bahawa terdapat dua sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, iaitu kaedah pembelajaran
kolaborasi dan kaedah pembelajaran secara hands-on. Dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti pendekatan belajar
sambil bermain, pendekatan bertema dan pendekatan projek. Manakala, dari segi jenis Bahan Bantu
Mengajar (BBM) pula adalah BBM berbentuk elektronik, BBM bukan elektronik dan BBM jenis maujud.
Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkat pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak dalam kalangan guru di Malaysia.

Keywords


Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, Guru TABIKA KEMAS

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.