PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH

Mazni Muhammad

Abstract


Kualiti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan seseorang pelajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS). Antara aspek yang dinilai adalah penilaian rancangan pengajaran, penilaian kursus, penilaian pensyarah dan penilaian kualiti maklum balas pensyarah. Satu set soal selidik yang mengandungi 65 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Responden yang dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar-pelajar program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM seramai 181 orang. Kajian ini mendapati bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran berada pada skor min yang tinggi iaitu M= 4.03. Dapatan kajian Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (p=0.006<0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kepuasan (p=0.534>0.05) mengikut program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (r = 0.584, p<0.001) dengan kepuasan pelajar. Manakala, analisis regrasi berganda menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara signifikan mempengaruhi kepuasan pelajar iaitu dengan nilai Beta adalah 0.341. Secara keseluruhannya pelajar berpuas hati terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan di KTYS.

Keywords


Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Kepuasan, KTYS

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.