CABARAN DALAM MENDIDIK BAKAL GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI UNIVERSITI MELAKA (UNIMEL)

Aziyati Zahirah Asnil Aimi, Nur Syakira Baharudin, Zaleha Damanhuri

Abstract


Pendidik bakal guru pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
ruang dan membantu proses perkembangan serta kemajuan bakal guru. Bagi menjayakan matlamat ini,
pelbagai cabaran dihadapi oleh pendidik bakal guru semasa menentukan pendekatan pembelajaran terbaik
selain mewujudkan hubungan bermakna dengan mereka. Kajian dijalankan menggunakan kaedah temu bual
separa berstruktur bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam berkaitan dengan cabaran dalam
mendidik bakal guru Pendidikan Awal Kanak-kanak di UNIMEL. Empat dimensi utama menjadi fokus
bagi kajian ini iaitu: (i) Apakah perkara yang anda berpuas hati dalam kerjaya anda? (ii) Perincikan
pendekatan kepada bakal guru yang anda gunakan untuk ketika mengajar. (iii) Terangkan dilema yang anda
rasai sama ada secara peribadi atau professional yang dialami ketika mengajar bakal guru. (iv) Apakah cara
yang boleh dilakukan bagi memastikan kualiti bakal guru dapat dikekalkan? Sebahagian besar daripada
pendidik bakal guru menunjukkan kepuasan terhadap persekitaran kerja yang baik. Kajian juga mendapati
pensyarah lebih selesa menggunakan pendekatan yang lebih santai ketika menjalankan kuliah. Pensyarah
bimbang apabila bakal guru tidak memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran. Kajian juga telah
mengenal pasti bahawa pensyarah berperanan dalam meningkatkan kualiti bakal guru dengan mengubah
pemikiran bakal guru supaya mereka dapat menanamkan jiwa pendidik seawal permulaan semester lagi.

Keywords


Pendidik bakal guru, Pendidikan awal kanak-kanak, Cabaran, Mendidik

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.