PENGGUNAAN ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA) BAGI PENGUJIAN KESAHAN INSTRUMEN PERKONGSIAN PENGETAHUAN

Noor Jeffri Abdul Wahab

Abstract


Perkongsian pengetahuan memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi pekerja. Institusi perlu
memberikan lebih banyak perhatian kepada pekara-pekara yang tidak merugikan mereka untuk
menyesuaikan diri dalam zaman yang serba mencabar. Disebabkan itulah perkongsian pengetahuan
amat penting sebagai nilai tambah dalam diri pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi
menjamin daya saing dan produktiviti institusi sentiasa keterhadapan. Oleh yang demikian, kajian ini
lebih menumpukan kepada instrumen perkongsian pengetahuan yang dibina berlandaskan kajian-kajian
terdahulu. Kebolehpercayaan dan kesahan alat ujian diuji menggunakan data kajian rintis yang
dijalankan dengan melibatkan 104 responden menggunakan analisis faktor untuk menjalankan Analisis
Penerokaan faktor (EFA). Dapatan menunjukkan 12 item yang mewakili perkongsian pengetahuan
mempunyai faktor muatan melebihi (0.60). Oleh yang demikian mengikut pandangan sarjana terdahulu
instrumen ini sah dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Instrumen ini boleh
diguna pakai untuk kajian yang sebenar.

Keywords


Perkongsian pengetahuan, kesahan, Analisis Penerokaan Faktor

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.