DUPLIKASI PARADIGMA DALAM SOSIOLOGI

Farrah Wahida Mustafar

Abstract


Seiring perkembangan waktu dan kemajuan ilmu menghasilkan tiga komponen utama dari bidang
falsafah iaitu ontologi (teori hakikat atau kewujudan), epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori
nilai). Disiplin epistemologi merupakan salah satu cabang utama yang membahaskan tentang teori
ilmu. Epistemologi telah melahirkan beberapa aliran antaranya rasionalisme, empirisme, positivisme,
realisme dan idealisme. Pelopor idea paradigma, Thomas Samuel Kuhn merupakan salah seorang
beraliran rasionalis yang menganggap akal mampu mengenali pelbagai hakikat secara yakin. Idea
Kuhn di dalam karyanya yang bertajuk ‘The Structure of Scientific Revolution’ (1962) terhasil
daripada kritikannya terhadap pandangan positivisme yang dipengaruhi oleh falsafah beraliran
empirisisme. Selain itu, Kuhn juga menyangkal pandangan falsifikasi Popper yang cenderung kepada
kebenaran ilmu melalui pengajian hipotesis. Fokus utama artikel ini ialah membincangkan tentang
definisi paradigma yang telah diperkenalkan oleh Thomas Samuel Kuhn. Objektif artikel ini
dihasilkan bagi meneliti konsep paradigma dan untuk meneroka konsep paradigma yang telah
dikembangkan dalam bidang sosiologi. Kajian ini menggunakan kaedah penelitian deskriptif kualitatif
berdasarkan kajian kepustakaan (library research) bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan
berkaitan dengan tajuk kajian. Kajian mendapati bahawa paradigma di dalam sosiologi telah
diduplikasikan dalam kaedah pemerolehan ilmu atau metodologi dan paradigma teori.

Keywords


Thomas S. Kuhn, Paradigma, Sosiologi

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.