ANALISIS KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN INTEGRITI PENYERTAAN POLITIK

Fazurah Mustaffa, Mohd Sufiean Hassan, Maizatul Haizan Mahbob, Siti Nurshahidah Sah Allam, Fatimah Yazmin Yahya, Muhammad Khalil Tarmizi Abdul Suko

Abstract


Golongan muda merupakan aset negara dan modal insan yang penting dalam memacu agenda nasional. Penyertaan politik golongan muda dilihat dapat membentuk sfera politik sihat melalui pemupukan nilai integriti. Nilai integriti golongan muda terutama ketika menyertai politik sejak akhir- akhir ini semakin membimbangkan dan senario ini sering dikaitkan dengan penggunaan media sosial. Satu ajian terhadap penyertaan politik golongan muda di media sosial menunjukkan media baharu ini memberi impak kepada kecenderungan politik. Senario ini mendedahkan bahawa penyertaan politik golongan muda di media sosial tanpa mengikut garis panduan memberi kesan kepada tahap nilai integriti. Tindakan tidak berintegriti golongan muda seperti berkongsi maklumat yang tidak tepat, memberi komen negatif, menimbulkan keadaan huru hara untuk mendapatkan populariti atau viral akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah siber. Oleh itu, kajian ini berpendapat bahawa bagi mengukuhkan nilai integriti penyertaan politik golongan muda di media sosial, sebuah pendekatan khusus telah dibuat melihat kepada item pengukuran bagi Integriti Penyertaan Politik Golongan Muda yang dijangka dapat menghasilkan idea pelaksanaan pengukuhan integriti penyertaan politik golongan muda media sosial. Seterusnya, kajian deskriptif telah dilaksanakan dengan melibatkan dari kalangan mahasiswa/mahasiswi mewakili 6 buah universiti awam yang menunjukkan bahawa pemboleh ubah bersandar iaitu bagi item Integriti Penyertaan Politik Golongan Muda menunjukkan petunjuk yang signifikan iaitu sebanyak 0.935. Analisis data kebolehpercayaan juga sangat signifikan untuk dikaji dan setiap daripada pembolehubah mencatatkan nilai yang tinggi.

Keywords


Integriti Penyertaan Politik, Golongan Muda, Media Sosia, Kesahan, Kebolehpercayaan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.