PENDEKATAN PERDAMAIAN DAN PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKUKUH PENGURUSAN SUNGAI MUDA, KEDAH

Nurul Syazwani Aimi Ramlan, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Mohamad Syazmin Sulaiman, Mardiana Idayu Ahmad

Abstract


Artikel ini meneliti bagaimana pendekatan perdamaian (conciliatory enforcement) dan penglibatan komuniti dapat memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan dalam menangani isu pencemaran di Sungai Muda, iaitu sumber air utama bagi Kedah dan Pulau Pinang. Walaupun pelbagai peruntukan undang-undang telah diwujudkan, penguatkuasaan di peringkat lapangan masih berhadapan dengan pertindihan bidang kuasa, kekangan sumber manusia, dan kebergantungan terhadap tindakan reaktif. Keadaan ini menyebabkan mekanisme punitif tradisional tidak lagi memadai untuk menangani pencemaran yang bersifat kompleks, merentas sektor, dan melibatkan pelbagai aktor sosial, termasuk komuniti setempat, petani, pengusaha kecil, dan pihak industri. Dalam konteks tersebut, pendekatan perdamaian muncul sebagai strategi alternatif yang lebih sesuai untuk membina hubungan kerja jangka panjang antara agensi dan masyarakat. Pendekatan ini menekankan dialog, pendidikan, nasihat, rundingan, dan pematuhan sukarela sebagai kaedah meningkatkan kesedaran serta perubahan tingkah laku tanpa bergantung sepenuhnya kepada tindakan hukuman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan konflik dan meningkatkan kepercayaan, malah mempercepatkan pelaporan pencemaran serta menggalakkan kerjasama rentas sektor. Penglibatan komuniti turut dikenal pasti sebagai elemen kritikal dalam memperkukuh penguatkuasaan sungai. Melalui pemantauan bersama, inisiatif pemuliharaan setempat, pendidikan alam sekitar dan pelaporan awal insiden, komuniti berperanan sebagai mekanisme sokongan yang mampu melengkapkan kekangan operasi agensi penguatkuasaan. Artikel ini berhujah bahawa integrasi antara pendekatan perdamaian dan penyertaan aktif komuniti mampu mewujudkan ekosistem penguatkuasaan yang lebih responsif, inklusif, dan mampan, sekali gus menjadi asas kepada pembentukan sistem pengurusan Sungai Muda yang lebih berdaya tahan pada masa hadapan.

Keywords


ekosistem penguatkuasaan yang lebih responsif, inklusif, dan mampan, sekali gus menjadi asas kepada pembentukan sistem pengurusan Sungai Muda yang lebih berdaya tahan pada masa hadapan. Kata kunci: Pendekatan Perdamaian, Penglibatan Komuniti, Penguatkuas

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2026 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.