KEYAKINAN PELANGGAN TERHADAP PENSIJILAN HALAL MENINGKATKAN KESETIAAN PELANGGAN DI DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI NEGERI MELAKA

Hartini Adenan, Hamidah Norman

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keyakinan pelanggan terhadap pensijilan Halal sebagai pengantara dalam hubungan antara pensijilan logo Halal, pengetahuan agama, ciri-ciri pekerja dan kesetiaan pelanggan. Ini kerana kajian terdahulu tidak mengkaji peranan keyakinan pensijilan Halal sebagai pengantara. Sampel melibatkan 355 orang responden daripada 3 dari 26 buah hotel tiga hingga lima bintang yang telah mendapat pensijilan Halal di negeri Melaka. Dalam kajian ini, dua jenis persampelan telah dipilih iaitu persempelan rawak mudah dan persampelan convenience serta menggunakan SEM untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pensijilan logo Halal, ciri-ciri pekerja dengan kesetiaan pelanggan, namun pengetahuan agama tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesetiaan pelanggan. Kajian ini juga menunjukkan keyakinan terhadap pensijilan Halal menjadi pengantara dalam hubungan antara pensijilan logo Halal, ciri-ciri pekerja, pengetahuan agama dan kesetiaan. Kajian ini juga membuktikan bahawa keyakinan pelanggan terhadap pensijilan Halal meningkatkan kesetiaan pelanggan. Justeru itu, keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap pensijilan Halal juga adalah tinggi dalam industri perhotelan di negeri Melaka.

Keywords


pensijilan logo halal, pengetahuan agama, ciri-ciri pekerja, keyakinan pelanggan, kesetiaan pelanggan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2019 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.