CABARAN INSTITUSI HISBAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI SERTA USAHA-USAHA BAGI MEMPERKASAKANNYA

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin Salleh

Abstract


Pada zaman mengharungi arus kemodenan dunia kontemporari ini, pelaksanaan hisbah menjadi semakin mencabar dan sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapatnya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh institusi hisbah dalam pelbagai aspek. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh para muhtasib dalam melaksanakan hisbah ini. Selain itu, kajian ini juga menyarankan pelbagai usaha bagi memperkasakan lagi institusi hisbah ini untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Metode analisis kandungan digunakan dalam menyempurnakan kajian ini. Dengan itu, tanggungjawab al-Amar bi al-Macruf wa Nahi can al-Munkar ini adalah suatu kewajipan dan jika manusia gagal untuk melaksanakan hisbah dengan sempurna, maka dunia ini akan ditimpa pelbagai masalah, jenayah dan kemungkaran sama ada terhadap masyarakat, organisasi, agama dan negara. Kajian ini mendapati bahawa betapa pentingnya pelaksanaan hisbah ini dalam kehidupan seharian manusia walau apa jua alasan yang diberikan dan apa jua rintangan yang melanda demi manfaat bersama.

Keywords


hisbah, cabaran, usaha-usaha, memperkasakan, kontemporari

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.