JENAYAH SYARIAH GOLONGAN MAK NYAH: ISU DAN MASALAH PENGUATKUASAAN DI NEGERI MELAKA

Mohd Arif Ariffin Abu Bakar, Siti Zubaidah Ramli

Abstract


Gejala mak nyah dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia merupakan satu fenomena yang semakin ketara dan amat membimbangkan. Kelompok mak nyah ini semakin aktif menubuhkan persatuan dan menuntut hak mereka di bawah undang-undang bagi mewajarkan tindakan mereka dan seterusnya memperjuangkan hak yang sama seperti orang lain, terutamanya hak untuk bebas berkahwin dan berkeluarga. Pihak kerajaan telah mengambil langkah berterusan bagi mengatasi fenomena ini terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam di antaranya Malaysia menerusi pendekatan pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan oleh organisasi tertentu seperti Pegawai Penguatkuasa Agama. Kejayaan pelaksanaan undang-undang ini bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan pihak Pegawai Penguatkuasa Agama. Justeru, kajian ini meneliti konsep penguatkuasaan jenayah syariah bagi golongan mak nyah dan peranan penguatkuasaan khususnya di Negeri Melaka serta mengenalpasti isu dan halangan yang dihadapi dalam usaha menguatkuasakan peruntukan undang-undang terhadap golongan mak nyah. Hasil kajian mendapati penguatkuasaan undang-undang di Melaka masih tidak mencapai tahap cermelang. Antara faktornya adalah kelemahan peruntukan undang-undang syariah terhadap golongan ini serta kekurangan Pegawai Penguatkuasa Agama, peralatan dan gerakan operasi. Usaha bagi menambah baik penguatkuasaan ini perlu dibuat secara berterusan berdasarkan keperluan semasa supaya penguatkuasaan agama boleh menjadi sebuah agensi yang relevan bagi menangani kesalahan syariah golongan maknyah dan dapat menangani isu-isu moral yang wujud khususnya di Melaka.

Keywords


jenayah syariah; mak nyah; penguatkuasaan; undang-undang

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.