ANALISIS KONTRASIF TASYBIH DAN ISTIA’RAH DENGAN SIMILE DAN METAFORA

Siti Fatimah Radzi, Harun Baharudin

Abstract


Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa kiasan tasybih dan simile dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa kiasan istiarah dan tasybih dengan metafora. Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan analisis kontrasif untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam gaya bahasa kiasan kedua-dua bahasa tersebut. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan gaya bahasa kiasan simile ialah tasybih mursal mufassal dan tasybih mursal mujmal dalam konteks bahasa Arab dan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu untuk membuat perbandingan atau perumpamaan sesuatu ayat dengan menggunakan kata perbandingan (seperti, umpama) tetapi mempunyai perbezaan dari segi tiada pengkelasan rukun utama atau asas utama seperti yang terdapat dalam tasybih. Manakala gaya bahasa kiasan metafora iaitu pemindahan atau peminjaman makna asal sesuatu perkataan dengan membentuk makna yang baru dalam ayat ialah gaya bahasa Melayu yang menyerupai isti‘arah tasrihiyyah, istiarah makniyyah, begitu juga tasybih baligh dan tasybih mu’akkad muffassal tetapi mempunyai perbezaan dengan tasybih mursal mufassal dan tasybih mursal mujmal dalam konteks bahasa Arab.

Keywords


analisis kontrasif; tasybih; istia’rah; simile; metafora.

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.