Amalan Pembiayaan Peribadi dalam Kalangan Penjawat Awam di Melaka,Malaysia

Mohd Azam Yahya, Fatimah Nadirah Mohd Noor, Mohd Izzudin Mohd Noor, Nur Zafirah Muhammad Nor

Abstract


Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah tertinggi di Asia yang disebabkan oleh beberapa jenis pinjaman yang tertentu seperti perumahan, kenderaan dan peribadi. Pembiayaan Peribadi merupakan instrumen kewangan yang sangat tinggi permintaan dalam kalangan masyarakat untuk mendapatkan tunai segera dan membawa kepada penawarannya yang tinggi oleh institusi-institusi perbankan di Malaysia. Penjawat awam pula merupakan antara individu yang menjadi sasaran utama penawaran produk pembiayaan peribadi kerana mereka mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan berpotensi untuk membayar semula pembiayaan tersebut. Justeru, kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong penjawat awam membuat pembiayaan peribadi. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dengan memilih penjawat awam muslim di Negeri Melaka yang pernah membuat pembiayaan peribadi sebagai responden kajian. Seramai 402 orang penjawat awam Muslim telah memberikan maklumbalas terhadap set-set soalan yang diedarkan secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua faktor iaitu faktor diri sendiri dan faktor perbankan memainkan peranan dalam menarik golongan penjawat awam melanggan kemudahan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan. Justeru, tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini kerana kedua-dua belah pihak iaitu penjawat awam dan institusi perbankan masing-masing mempunyai peranan dalam menyumbang kepada jumlah hutang isi rumah negara.

Keywords


Penjawat Awam; Pembiayaan Peribadi

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.