TREND DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP ISU PRODUK SUNNAH DI MALAYSIA

Mohd Farhan Md Ariffin, Khairul Azhar Meerangani, Muhammad Adam Abd Azid, Muhammad Ikhlas Rosele

Abstract


Pasaran hari ini menyediakan variasi produk berasaskan item yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis seperti ekstrak minyak, kapsul, losyen, alat kecantikan dan pati minuman. Ia juga dilabel dengan jenama sunnah yang dilihat menjadi daya penarik utama untuk melariskan produk. Demikian, kajian dilakukan untuk menilai trend dan kefahaman masyarakat Muslim di Malaysia terhadap produk sunnah yang wujud dalam pasaran. Data diperoleh daripada hasil observasi dan edaran soal selidik. Pendekatan analisis data kuantitatif secara deskriptif dilakukan mengguna pakai perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian mendapati erti produk sunnah difahami masyarakat sebagai produk hasil campuran bahan yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis yang turut dikenali sebagai bahan sunnah seperti kurma, kismis, delima, madu, anggur. Hasil penyelidikan turut menunjukkan produk kesihatan mahupun kosmetik sunnah mendapat permintaan yang memberangsangkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dipengaruhi oleh empat faktor iaitu, Pertama: campuran item yang dikenal sebagai bahan sunnah dalam produk. Kedua: label sunnah pada produk. Ketiga: testimoni yang positif, dan Keempat: kesan dan kesesuaian terhadap tubuh.

Keywords


produk sunnah; trend pengguna; label; salah guna sunnah

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.