PENGARUH DAN FAKTOR TEKANAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEPANJANG PROSES PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Aziyati Zahirah Asnil Aimi, Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim

Abstract


Serangan wabak corona virus atau Covid-19 telah mengubah struktur pembelajaran pelajar mahasiswa dan mahasiswi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini mempunyai dua objektif iaitu (i) mengukur tahap tekanan dalam kalangan pelajar DPAK sepanjang proses pembelajaran atas talian dan (ii) mengenal pasti faktor tekanan yang mempengaruhi pelajar DPAK semasa proses pembelajaran atas talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk kajian tinjauan. Borang soal selidik diedarkan kepada responden kajian iaitu seramai 242 orang pelajar DPAK yang telah mengikuti sesi pengajian bermula dari semester satu hingga enam. Dapatan kajian menunjukan secara keseluruhan tahap tekanan dalam kalangan pelajar DPAK sepanjang proses pembelajaran atas talian adalah berada pada tahap rendah dengan nilai min adalah min=1.67, sp=0.88. Faktor yang paling tinggi mempengaruhi tekanan dalam kalangan pelajar DPAK ialah item (saya sering risau akan penilaian oleh pensyarah terhadap pencapaian akademik saya) dengan kekerapan sangat setuju yang paling tinggi iaitu seramai 51 orang (21.1%).  Manakala item  (Ibu bapa saya tidak mengambil berat tentang tugasan pembelajaran atas talian saya ketika di rumah) merupakan faktor yang paling rendah mempengaruhi tekanan kepada pelajar dengan kekerapan sangat setuju seramai 10 orang (4.1%). Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar di peringkat IPT kurang mengalami tekanan sepanjang proses pembelajaran atas talian dan mula mengadaptasi perubahan proses pembelajaran ini. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa pelajar IPT sudah boleh untuk mentadbir urus dan menjalani pembelajaran atas talian dengan cara baik.


Keywords


tekanan, pelajar, institut pengajian tinggi, pendidikan awal kanak-kanak

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.