PELAKSANAAN PENGURUSAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN NUTRISI DI TASKA TERPILIH NEGERI TERENGGANU

Siti Nurazimah Ab. Rasid, Norjumira Abd Raof

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan daripada aspek keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih negeri Terengganu. Di samping itu kajian ini meneroka isu-isu keselamatan, kesihatan dan nutrisi pada kanak-kanak. Pendekatan kaedah campuran digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih. Responden yang terlibat seramai 110 orang ibu bapa kanak-kanak TASKA. Temu bual separa berstruktur digunakan untuk meneroka isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan nutrisi dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak TASKA untuk menangani masalah yang dihadapi. Pensampelan bertujuan melibatkan lima orang guru awal kanak-kanak yang ditemu bual menggunakan protokol temu bual. Analisis deskriptif soal selidik menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi berada pada tahap sederhana antara skor min 2.34 hingga 3.66 (s.p=0.60). Hasil dapatan temu bual mengetengahkan tiga tema utama, iaitu kesejahteraan kanak-kanak, pengurusan penyakit dan keperluan nutrisi untuk kanak-kanak TASKA. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru perlu meningkatkan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi untuk memastikan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA adalah penting untuk kesejahteraan kanak-kanak.


Keywords


Pengurusan, keselamatan, kesihatan, nutrisi, TASKA

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.