ALAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DALAM HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Roslina Abu Bakar, Aone van Engelenhoven

Abstract


Artikel ini berkenaan Hikayat Pelanduk Jenaka (Cod. Or. 1932) yang menceritakan kisah kehidupan binatang di rimba dan lautan yang dipersonifikasikan oleh pengarangnya. Penulisan ini mengaplikasikan teknik kualitatif, analisis kandungan dan menggunapakai teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang. Kajian ini bertujuan memperlihat cara hidup dan kebudayaan masyarakat Melayu dalam Hikayat Pelanduk Jenaka (Cod. Or. 1932). Justeru, budaya masyarakat Melayu menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka dianalisis menerusi aspek interaksi sosial untuk merungkai hal kemasyarakatan dan proses sosial. Artikel ini membahaskan pelbagai isu menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka yang menggambarkan hubungan antara alam dan masyarakat Melayu yang disampaikan secara ironi, sinisme, sarkasme untuk menghibur, membawa maklumat dan fungsi kerohanian dalam kalangan audien pembaca.

Keywords


Alam, Budaya, Masyarakat, Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.