KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Mohd Sollah Mohamed, Mohammad Seman

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keperluan jemaah Haji dan Umrah terhadap modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Kajian ini telah dilakukan ke atas 300 orang responden dalam kalangan jemaah yang pernah menunaikan Haji dan Umrah. Tujuan borang soal selidik adalah untuk mendapat maklum balas tentang keperluan suatu modul untuk membantu mereka menjalankan ibadah Haji dan Umrah dengan lebih sempurna melalui penghayatan Bahasa Arab yang juga sebagai medium ibadah dalam Islam. Hasil dapatan daripada kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa majoriti jemaah Haji dan Umrah menginginkan satu modul khas untuk membantu mereka dalam menunaikan Haji dan Umrah. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk meneruskan hasrat yang murni ini dengan tujuan membantu para jemaah mengejar kesempurnaan ibadah Haji dan Umrah. Hasil dapatan daripada kajian keperluan ini akan membantu pengkaji dalam merangka dan membina “Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah”.

Keywords


Keperluan, Modul, Bahasa Arab, Haji Dan Umrah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.