TAHAP EFIKASI KENDIRI PELAJAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK, UNIVERSITI MELAKA

Syarinah Mad Sehat, Nurdiyana Tasripin, Norsyazwanie Mohamad Zamal

Abstract


Efikasi kendiri mempunyai pengaruh terhadap personaliti seseorang. Manusia akan sentiasa aktif berinteraksi dengan persekitaran, berupa memerihalkan peristiwa, kemudian membuat pilihan untuk bertindak. Efikasi kendiri menentukan pilihan terhadap aktiviti, daya usaha dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran yang ada. Semakin tinggi tahap efikasi kendiri, manusia akan memilih untuk aktiviti yang mencabar, lebih cekal dan tidak mudah putus asa semasa menghadapi rintangan atau pengalaman yang pahit. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti tahap efikasi kendiri pelajar daripada aspek akademik, sosial dan emosi, (2) mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap efikasi kendiri pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 150 orang pelajar dari semester tiga hingga semester enam dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diagihkan menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil analisis menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tahap efikasi kendiri bagi akademik mempunyai skor min 4.03, efikasi kendiri sosial mempunyai skor min 4.15 dan skor min bagi efikasi kendiri emosi ialah .74. Kesemua skor min bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi. Hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pihak pensyarah dalam usaha meningkatkan efikasi kendiri pelajar agar lebih berkeyakinan dalam melakukan menjalani latihan praktikal dan dapat mengoptimumkan kualiti bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. 


Keywords


Efikasi Kendiri Akademik, Efikasi Kendiri Sosial, Efikasi Kendiri Emosi, Pendidikan Awal Kanak-kanak

Full Text:

PDF

References


Al-Abyadh, M. H. A., dan Abdel Azeem, H. A. H. (2022). Academic Achievement: Influences of University Students’ Self-Management and Perceived Self-Efficacy. Journal of Intelligence, 10(3). https://doi.org/10.3390/jintelligence10030055

Amatan, M. A., dan K Han, C. G. (2019). The Influence of School’S Psychosocial Environment and the Teacher’S Self-Efficacy on the 21St Century Teaching and Learning Practices. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 284-314. https://doi.org/10.35631/ijepc.4320026.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy : The exercise of control. New York: W. H. Freeman.

Bandura, A. (1996). Social cognitive theory of human development. Dalam T. Husen dan T. n. Postlethwaitc (Eds.), International Encyclopedia of Education (2nd ed.). Oxford: Pergamon Press.

Creswell, J. W. (2015). Reseacrh design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches 4th Edition. In SAGE Publications (Vol. 7, Issue 1). https://www.researchgate.net/publication/269107473_What_is_governance/link/548173090cf22525dcb61443/download%0Ahttp://www.econ.upf.edu/~reynal/Civil

David, S., dan Alan, T. (2019). Survey Research. Anestheiosology, 130(2), 192–202.

Edgar, S., Carr, S. E., Connaughton, J., dan Celenza, A. (2019). Student motivation to learn: Is self-belief the key to transition and first year performance in an undergraduate health professions program? BMC Medical Education, 19(1), 1–9. https://doi.org/10.1186/s12909-019-1539-5

Hamid, H., Baharum, M. dan Sarkowi, S. (2019). Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik Siswa Pendidik. Jurnal Ipda, 26.

K. Landell, (1997) "Management by Menu," London: Wilay and Sms Inc,.

M. Najib (2013). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan," Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Jaafer Sadiq, F. W. dan Hassan, M. M. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 75–105. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.683

Mostafa Zare dan Sajad Davoudi Mobarakeh (2011). The relationship between self-efficacy and use of reading strategies: the case of Iranian Senior High School Students. Studies in Literature and Language, 3 (3), 98-105.

Sandra K.M.Tsang, Eadaoin K.P.Hui, dan Bella C.M.Law (2011). Self-Efficacy as a Positive Youth Development Construct: A Conceptual Review. The Scientific World Journal, Vol 2012(2).

Susan Edgar, Sandra E. Carr, Joanne Connaughton dan Antonio Celenza, (2019. Student motivation to learn: is self-belief the key to transition and first year performance in an undergraduate health professions program. BMC Medical Education, 19, 1-9.

Travis, J., dan Bunde, J. (2022). Self-regulation in college: The influence of self-efficacy, need satisfaction, and stress on GPA, persistence, and satisfaction. Current Psychology, 41(9), 6185–6195. https://doi.org/10.1007/s12144-020-01091-7

Wan Hanum Suraya dan Jamal. 2019. Tinjauan Efikasi Kendiri Pelajar Berdasarkan Kategori Sekolah dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Harian di Perak. https://www.researchgate.net/publication/334774027.

Wondu Teshome Beharu (2018). Psychological factors affecting students academic performance among freshman psychology students in Dire Dawa. University Journal of Education and Practice, 9(4), 59-65.

Zagoto, S. F. L. (2019). Efikasi Diri Dalam Proses Pembelajaran. Jurnal Review Pendidikan Dan Pengajaran, 2(2), 386–391. https://doi.org/10.31004/jrpp.v2i2.667

Zainuddin, Z. A., dan Mydin Kutty, F. (2021). Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Motivasi

Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Perempuan Jurusan STEM. Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 180–190.https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.716


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.