PELAKSANAAN INOVASI PERMAINAN NILAI DALAM MEMBENTUK KAREKTER PELAJAR

Mohd Syaubari Othman, Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Mazarul Hassan Mohd Hanapi, Zahari Suppian

Abstract


Rentetan daripada isu-isu nilai yang melingkar dalam kalangan pelajar, satu usaha perlu dilaksanakan dengan menyumbang kepada sebahagian penyelesaian dan sebagai sokongan kepada usaha yang telah dilakukan. Usaha ini juga perlu dilaksanakan diperingkat permulaan dengan meletakkan fokus kepada golongan muda dan pendekatan permainan adalah yang berkesan. Untuk itu, permainan inovasi adalah inisiatif ke arah keseimbangan di antara pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah. Ini sebagai satu nilai tambah kepada usaha memantapkan nilai di kalangan masyarakat khususnya pelajar. Permainan secara inovasi di adaptasi dengan meletakkan elemen karekter nilai dijadikan kerangka utama. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menerusi instrumen pengujian keberkesanan. Instrumen yang digunakan ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada Garis Panduan Sahsiah Pelajar oleh Bahagian Pendidikan Islam dan pakar yang terlibat serta kandungannya  disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.76578). Seramai 302 orang pelajar dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frekuansi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati keberkesanan permainan nilai adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.51). Bagi dapatan mengikut komponen yang terdiri daripada perancangan bahan mencatatkan min (4.32), pengenalpastian bahan mencatatkan min (4.21) dan pengukuran bahan mencatatkan min (4.35).  Matlamat permainan ini adalah untuk membangunkan karekter seorang pelajar dalam memastikan keseimbangan akademik dan sahsiah dapat dikombinasikan. Kemantapan nilai sahsiah adalah keperluan penting dalam era generasi pelajar abad ke-21. Tanpa kekukuhan nilai, generasi yang lahir akan tenggelam dengan pelbagai ledakan sistem pendidikan. Oleh itu, permainan ini adalah salah satu nilai tambah kepada usaha pembentukan generasi muda yang sentiasa mendahulukan nilai dalam setiap tindakan. 

 


Keywords


permainan nilai, penghayatan nilai

Full Text:

PDF

References


Amabile , Hennessey, B. A, and, T. M. (2010). Creativity. Annual Review of Psychology ; 61, 569-598.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.

Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-‘Arabiy.

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya’ Ulum al-Din. Qahirah: Maktabah Zahran

Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Brookhart, S. (2010), How to Assess Higher Order Thinking Skills in Your Classroom, ASCD

Caroline@Lorena David dan Abdul Said Ambotang (2014). Profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar dan kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah

Cohen, J. Lawrence Manion and Keith Marrison (2007). Research Method in Educatio. London ; Routledge, Francais and Taylor Group

Creswell, J. W. (2009). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quanitative and qualitative research. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education, Inc.

Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Qur’an. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I.

Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Khalid, T. (2010). An Integrated Inquiry Activity in an Elementary Teaching Methods Classroom. Science Activities: Classroom Projects and Curriculum Ideas.

Krejcic, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample saiz for research activities, education and psychogical measurement, 30 : 608-619.

Rosnani Hashim. (2012). Rethinking Islamic Education in Facing the Challenges of the Twenty-first Century. American Journal of Islamic Social Sciences, 22(4): 133-147.

Saavedra, A. & Opfer, V. (2012). Learning 21st-century skills requires 21st-century teaching.

Phi Delta Kappan, 94(2), 8-13.

Sidek Baba. (2010). Kehidupan Sejahtera Terbina Atas Pendidikan Bersepadu. Pendidik Bilangan 73.

Zuraidah Binti Ramdzan@Ramban. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu (KSSR). Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.