PENGGUNAAN TRUNKASI BAHASA KOLOKIAL DALAM KALANGAN PELAJAR

Zuraidah Muhidden, Noorhanis Amran

Abstract


Makalah ini membincangkan proses morfologi bahasa Melayu yang melibatkan trunkasi bahasa kolokial dalam kalangan pelajar. Fokus analisis adalah untuk mengenal pasti bentuk kependekan yang berlaku di samping fenomena-fenomena yang terhasil daripada bentuk kependekan itu. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpulkan daripada soal jawab dan pemerhatian yang dilakukan di sekitar Kolej Pendeta Za’aba dan Kolej Rahim Kajai di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penelitian difokuskan kepada tiga golongan kata iaitu kata nama, kata adjektif dan kata kerja iaitu proses pemendekan yang terhasil daripada bentuk dasar yang penuh. Analisis dilakukan untuk meneliti proses pembentukan trunkasi tiga kelas kata tadi berdasarkan pendekatan yang dikenali sebagai templat berdasarkan morfem dalam Teori Prosodi Morfologi yang telah dibangunkan dalam Teori Optimaliti (seterusnya TO). Dapatan daripada analisis ini dapat menjelaskan bagaimana tiga proses fonologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu input trisilabik menjadi pemendekan disilabik seperti /harimau/ menjadi [rimau], input disilabik menjadi pemendekan monosilabik seperti /mercun/ menjadi [m?c?n] dan input disilabik menjadi pemendekan disilabik seperti /emas/ menjadi [mas]. Fenomena-fenomena morfologi yang terjadi akibat proses trunkasi juga dibincangkan seperti pengguguran suku kata awal dalam kata trisilabik dan disilabik, pengguguran likuida /l/ dan /r/ dan peleburan vokal berganding /u/ dan /a/.


Keywords


Melayu, trunkasi, kolokial, Teori Optimaliti

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.