UNSUR HUMOR DALAM RANCANGAN TELEVISYEN POPULAR

Siti norsyahida Mohd A Rashid, Nurfarhana Shahira Rosly

Abstract


Makalah ini membincangkan kesan dan pengaruh masyarakat terhadap rancangan televisyen popular, Maharajalawak Mega 2014. Rancangan ini mengandungi unsur humor, isu kontemporari, pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan kepada khalayak. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan unsur humor dalam rancangan Maharajalawak Mega 2014 dan melihat mesej yang disampaikan walaupun dalam bentuk humor dengan penerapan Teori Pembelajaran (Albert Bandura, 1986). Perkara yang ditekankan dalam kajian ini ialah di samping masyarakat berhibur menonton rancangan televisyen, masyarakat juga memperoleh manfaat daripada rancangan tersebut. Cara pengumpulan data ialah dengan melihat dan mengumpul unsur nasihat dari rakaman rancangan Maharajalawak Mega 2014. Data dianalisis dalam bentuk teks bagi memudahkan penghuraian data. Dapatan kajian mendapati terdapat unsur nasihat dan mesej tertentu dalam setiap penyampaian peserta rancangan tersebut.

Keywords


humor, isu kontemporari, penyampaian mesej, rancangan televisyen, pembelajaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.