PELAKSANAAN INOVASI BAHAN KREATIF DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Siti Nur Nadirah Ibrahim, Siti Nur Idayu Abu Kassim, Amirah Kamaliah Mohd Kamel, Zaleha Damanhuri

Abstract


Dalam pembelajaran abad ke-21, pelaksanaan inovasi dalam bidang kurikulum telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar sistem pendidikan prasekolah dapat dibentuk selari dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dalam dan luar negara. Sejajar dengan itu, guru sewajarnya memainkan peranan penting dalam menghidupkan budaya inovasi bahan kreatif di sekolah khususnya di intistusi pendidikan awal kanak-kanak. Namun bagaimanapun terdapat beberapa kajian yang mendapati pelaksanaan bahan kreatif tidak diaplikasikan kerana guru lebih memfokuskan pengajaran dan pembelajaran yang diajar berdasarkan subjek semata-mata. Berikutan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan inovasi bahan kreatif dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti cabaran guru dalam mengaplikasikan inovasi bahan kreatif di institusi pendidikan awal kanak-kanak. Maklumat dan data diperoleh secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan kaedah tringulasi yang merangkumi soal selidik, temu bual dan analisis dokumen bagi menyokong kajian yang dijalankan. Seramai 30 orang responden soal selidik secara atas talian dan  2 orang lagi yang ditemubual merupakan guru pendidikan awal kanak-kanak di negeri Selangor. Hasil dapatan menunjukkan kekerapan pelaksanaan inovasi bahan kreatif dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak berada pada tahap yang memuaskan. Manakala cabaran utama guru dalam mengaplikasikan inovasi bahan kreatif di institusi pendidikan awal kanak-kanak adalah kos bahan yang tinggi. 

Full Text:

PDF

References


Adibah, N. L. Awi & Hafhizah, Z. (2021). Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran Abad ke -21. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. Vol 4 (1). 40-54. e-ISSN:2600-769X.

Ahmad Farid Bin Abdul Karim. (2019). Penggunaan Laman Web “Sejarahnet” Dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Tajuk Parameswara Sebagai Pengasas Melaka. Jurnal Pendidikan Sains Sosial, 2, 1-9. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/ jurnalpapers/urnal2019/JURNAL

Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(3), 64-79. https://msocialsciences.com/index.php/ mjssh/article/view/101/89

Libau Charles Muling & Ling Ying-Leh. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. National Research Innovation Conference (NRICon). Kuching Sarawak.

Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed, Murihah Abdullah. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. Vol 5 Isu 2. e-Academia Journal UiTMT. (http://journale-academiauitmt.edu.my/)

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 [Paper Presentation]. International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf

Nurrabi’atul Mardhiah & Muhammad Syawal. (2020). Kreativiti Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5. (PASAK2020). e-ISBN: 9789762122906.

Nurulhuda Hanzah, Sa’adiah Mohamad, Nor Azuana Taib. (2019). Pembangunan Dan Penggunaan Ohmic Wheel Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar. Journal Of Technical And Vocational Education, 1, 31-42. http://upikpolimas.edu.my/ojs/index. php/JTVE/article/

Nur Syafiqah, I. & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Jurnal Sains Humanika. 10 (3-3). 81-87.

Safiek Mohklis. (2019). Pemupukan Kreativiti Kanak-kanak: Kajian Kes Amalan Pengajaran Kreativiti di Sebuah Tadika Islam. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education. Vol 3, No 1. 34-48.

Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah & Abdul Jalil Othman. (2020). Komuniti Pembelajaran Profesional Guru Bahasa Melayu Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1). https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/22121/11151

Sivakumar Ramaraj. (2014). Impact Of Low Cost Teaching Aids In Teaching Science. Innovative Thoughts International Research Journal, 2(3). https://www.researchgate.net/publication/273165475

Teng Li. (2023). Innovation and Practice in Preschool Education Through Kindergarten Game Analysis. Advances in Educational Technology and Psychology. ISSN 2371-9400. Vol. 7. No.13.

Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, Ismi Arif Ismail (2011). Hubungan antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (2), 2011. 31-40.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.