ANALISIS PELAKSANAAN PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA (MBM) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI MALAYSIA

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Mohd Yusof Abdullah, Abdul Raof Hussin, Saifuddin Kumar Abdullah, Wong Kung Teck, Shahril Ismail

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan program MBM di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di dalam negara. Sejumlah 207 buah sekolah, 652 orang murid, 207 orang guru bahasa Malaysia dan 28 orang pentadbir sekolah terlibat dalam kajian ini dengan menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian melibatkan soal selidik, soalan temu bual dan latihan menulis dilaksanakan kepada responden-responden berkaitan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS). Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan program MBM tidak dilaksanakan dengan baik seperti mana yang telah ditetapkan. Penemuan ini berdasarkan kepada data-data yang jelas menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan murid tidak begitu memuaskan di samping kemahiran pengajaran guru bahasa Malaysia tidak berada pada tahap yang tinggi. Hal ini ditambah lagi dengan kegagalan pihak pentadbir sekolah mewujudkan suasana pentadbiran yang efektif dan efisien di premis masing-masing. Cadangan kajian ini agar program MBM dapat disemak semula dari aspek pentadbiran sekolah dan kaedah PdP guru bahasa Malaysia bagi tujuan meningkatkan keefektifan dan keefisienan proses pelaksanaan program MBM agar menjamin kemenjadian murid dalam program tersebut pada masa hadapan.


Keywords


Dasar Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuh bahasa Inggeris, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Penilaian Program

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.