PENGGUNAAN STRATEGI MEMORI KOSA KATA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Noorhidayah Abu Hasim, Nik Farhan Mustapha, Pabiyah Hajimaming @ TokLubok

Abstract


Strategi memori diyakini ramai pakar bahasa sebagai strategi yang penting dan berpengaruh. Tinjauan literatur juga menunjukkan bahawa strategi ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran bahasa. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis strategi memori yang digunakan oleh pelajar- pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam mengingati kepelbagaian kosa kata Arab. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data, dan seterusnya mengaplikasikan pendekatan deskriptif dalam persembahan dapatan. Responden kajian terdiri daripada 8 orang pelajar KUIM yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah mengaplikasikan pelbagai jenis strategi memori yang dicadangkan mengikut teori Oxford (1990). Sub strategi “membuat peta semantik” di bawah strategi utama “menggunakan imej dan bunyi” adalah merupakan strategi yang paling kerap digunakan oleh responden kajian dalam mengingati kosa kata Arab berbanding strategi- strategi lain. Hasil kajian dijangka dapat membantu pelajar membaiki pencapaian pembelajaran bahasa Arab mereka.

 


Keywords


Strategi memori, kosa kata Arab, pelajar Kolej Universiti Islam Melaka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.