MOTIVASI DAN SIKAP TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID TINGKATAN SATU (JUNIOR ONE LOYALTY), SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN KWANG HUA

Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin, Sharil Nizam Sha’ri

Abstract


Sikap murid-murid dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua didapati mempengaruhi proses pembelajaran bahasa tersebut. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti tahap motivasi sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu di samping untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan motivasi yang signifikan antara jantina yang dikaji secara peratusan di Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua (SMPKH), Klang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan seramai 30 orang murid tingkatan satu Junior One Loyalty (J1L), SMPKH, Klang. Responden dikehendaki memberikan respons dalam setiap item-item yang dikemukakan. Nilai pekali bagi pengiraan ini ialah seratus peratus daripada jumlah responden yang menjawab kesemua item-item yang dikemukakan. Data kajian menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen format kiraan peratusan. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada Bahagian A (Item-item Motivasi) dan Bahagian B (item-item Sikap) yang terkandung sebanyak 20 soalan manakala satu soalan ialah angkubah jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua responden kelas Junior Satu Loyalty mempunyai sikap yang positif berbanding dengan motivasi. Responden sedar bahawa bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam pendidikan. Oleh itu, para guru diharapkan dapat mengambil elemen-elemen semasa proses pembelajaran yang kondusif untuk mendapatkan hasil yang terbaik seiring dengan pembelajaran bahasa.


Keywords


Pembelajaran bahasa Melayu, ekstralinguistik, motivasi, sikap.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.