TOKOH LAGENDA WAYANG KULIT KELANTAN

Rosnani Md Zain, Zulkifli Mohamad, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi

Abstract


Makalah ini merupakan biografi mengenai tokoh wayang kulit Kelantan iaitu Yusoff Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Soh.Makalah ini dihasilkan bertitik tolak daripada kajian-kajian lepas yang kurang memberi pendedahan terhadap ketokohan tok dalang. Kebanyakan pengkaji lebih berminat untuk mengentahui unsur dalaman wayang kulit sahaja. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang latar belakang Pak Soh sebagai tokoh wayang kulit Kelantan. Kedua, menghuraikan sumbangan Pak Soh kepada masyarakat  dan  negara  dalam memperjuangkan wayang kulit Kelantan sebagai warisan seni budaya. Oleh yang demikian untuk mencapai kedua-dua objektif kajian yang telah digariskan, pengkaji telah menggunakan kaedah temubual dengan Pak Soh. Segala maklumat yang diperolehi adalah hasil daripada temubual tersebut.Makalah ini berkisar mengenai kepada latar belakang, keistmewaan dan sumbangan  beliau dalam kesenian wayang kulit. Selepas ini pengkaji akan menggunakan nama  Pak Soh dalam kajian.


Keywords


Wayang kulit, Pak Soh, latar belakang, keistimewaan, sumbangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.