KIASAN DALAM NOVEL "CINTA SANG RATU" DARI SUDUT PRAGMATIK

Norhidayu Hasan, Zaitul Azma Zainon Hamza

Abstract


Ungkapan kiasan adalah ungkapan yang mengiaskan sesuatu pekara dengan pekara yang lain dan mempunyai makna tersendiri. Dalam karya kreatif, kiasan digunakan untuk menyampaikan mesej. Justeru objektif kajian ini adalah untuk  mengenal pasti jenis kiasan yang terdapat dalam novel dan menganalisis makna kiasan menggunakan Teori Relevans. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 3 jenis kiasan yang digunakan dalam novel Cinta Sang Ratu iaitu kiasan jenis simile, metafora dan personifikasi. Setiap jenis kiasan ini mempunyai definisi dan cirinya yang tersendiri serta mempunyai makna yang berbeza daripada makna literal ungkapan kiasan itu. Penggunaan ungkapan kiasan dalam novel berfungsi untuk menyampaikan makna dengan lebih berkesan kepada pembaca. Oleh itu kiasan ini perlu dihuraikan maknanya berdasarkan konteks.


Keywords


Kiasan, Teori Relevans, Pragmatik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.