HANG TUAH TIDAK BAHAGIA? MENCARI KEBAHAGIAAN DALAM DIRI WIRA MELAYU

Rahimah Hamdan

Abstract


Makalah ini menjelaskan nilai kebahagiaan yang dikecapi oleh wira Melayu Hang Tuah sebagai  pahlawan tersohor Empayar Melaka pada abad ke-15. Sebagai wira Melayu, Hang Tuah dikagumi akan kebijaksanaan, kehebatan dan  kekuatannya.  Beliau merupakan lambang manusia Melayu yang ideal terutama dalam menjelmakan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Keperwiraan dan kebesaran beliau sebagai Laksamana Melaka terbukti apabila beliau mampu mengangkat martabat Melaka sehingga tersohor ke seluruh dunia. Namun sesuatu yang kontradik berlaku, apabila Hang Tuah pada akhir hayatnya  sanggup melupakan kemasyhuran sebagai Laksamana Melaka apatah lagi meninggalkan raja yang amat ditaatinya demi mengejar kebahagiaan hakiki yang diimpikan iaitu kebahagiaan mengenal dan mencintai Penciptanya. Tindakan Hang Tuah ini telah memberi kesan yang sangat hebat kepada raja Melaka sehingga baginda juga turut turun dari takhta dan mengikuti jejak Hang Tuah. Keadaan ini memperlihatkan seolah-olah Hang Tuah tidak memperolehi kebahagiaan dan kepuasan dalam hidupnya. Bertitik-tolak daripada hipotesis ini, dapatlah dikatakan bahawa Hang Tuah hanya menemui kebahagiaan psikologikal dan bukan spiritual dalam hidupnya. Maka, objektif makalah ini adalah untuk mengenalpasti kebahagiaan yang ditemui dan dicari  oleh wira Hang Tuah  dalam teks Hikayat Hang Tuah susunan Kassim Ahmad (1997) serta menghuraikan ‘kebahagiaan’  tersebut berteraskan perspektif kebahagiaan  Islam menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993). Dapatan kajian membuktikan bahawa Hang Tuah tidak menemui keseimbangan dalam pencarian kebahagiaan (sa’adah) duniawi dan akhirat. Maka tidak hairanlah jika wira tersohor ini pada akhir hayatnya ditemui menjalani kehidupan sebagai ketua puak orang asli (sakai) yang menduduki strata terbawah masyarakat jauh daripada sebarang pembangunan dunia dan akhirat.


Keywords


Wira, kebahagiaan, Melayu, psikologikal, spiritual

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.