PENGARUH TRANSFORMASI PENGAJARAN, KESEDIAAN DAN KEPEMIMPINAN GURU TERHADAP PENGLIBATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI SABAH

Mohd Yusof Abdullah, Roslee Talip, Dayang Fatimah Majid

Abstract


Kajian ini memberi fokus kepada pengaruh transformasi pengajaran, kesediaan dan kepemimpinan guru terhadap penglibatan pembelajaran pelajar sekolah menengah luar bandar Sabah. Kajian meliputi keseluruhan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Sabah. Guru di sekolah menengah luar bandar di Sabah terlibat sebagai responden. Kajian kuantitatif menggunakan sebanyak 370 orang guru sekolah menengah yang mengajar di luar bandar dipilih secara rawak. Instrumen soal selidik skala Likert lima skala digunakan untuk mengutip data dan dianalisis menggunakan SPSS. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan analisis Pelbagai Regresi Stepwise untuk menguji pengaruh dan hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan laporan data menunjukkan pengaruh nilai beta (?) konstruksi transformasi pengajaran [?=.910, t(370) =42.137, p=.001]. Manakala peramal konstruksi kesediaan [?=-.085, t(370) =-1.985, p=.048]. Untuk peramal konstruksi kepemimpinan guru [?=.190, t(2.746) =42.137, p=.001]. Dapatan kajian mendapati pengajaran guru masih kurang berpengaruh terhadap penglibatan pembelajaran pelajar. Pengajaran guru masih kurang menerapkan elemen motivasi dalam pengajaran. Malah kemahiran pengajaran guru turut memberi pengaruh sederhana rendah terhadap output dan outcome pembelajaran pelajar. Dapatan kajian turut mendapati guru kurang berpengaruh terhadap penglibatan pembelajaran pelajar di bilik darjah. Keadaan ini menyebabkan wujudnya senario kurang kemenjadian akademik pelajar seperti mana yang diharapkan.

 


Keywords


Transformasi pengajaran, kesediaan dan kepemimpinan guru, penglibatan pembelajaran.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.