TINJAUAN AWAL STRATEGI KOGNITIF PEMAHAMAN MENDENGAR DALAM KALANGAN PELAJAR BACELOR BAHASA PERANCIS

Dinie Asyraf Salehan, Omrah Hassan

Abstract


Pemahaman mendengar merupakan salah satu kemahiran yang boleh dikuasai oleh pelajar dalam proses pembelajaran bahasa asing menerusi aktiviti mendengar teks-teks audio. Kemahiran ini merupakan sebuah aspek yang penting untuk dimiliki oleh para pelajar bahasa asing disebabkan kemahiran mendengar itu sendiri merupakan kemahiran asas dalam mempelajari satu-satu bahasa, lebih-lebih lagi untuk pembelajaran asing di institusi pendidikan tinggi. Kajian tinjauan awal ini dijalankan sebagai lanjutan daripada kajian-kajian lampau mengenai kemahiran pemahaman mendengar, dengan tumpuan diberikan kepada strategi pemahaman mendengar para pelajar peringkat bacelor di universiti yang mengambil jurusan bahasa asing, iaitu bahasa Perancis. Kajian ini dibataskan kepada jenis strategi kognitif, salah satu strategi yang telah diketengahkan oleh O’Malley, Chamot dan Kupper (1989) dan Vandergrift (1997). Dapatan menunjukkan bahawa pelajar bahasa Perancis di universiti mengamalkan beberapa jenis strategi kognitif dalam kemahiran pemahaman mendengar dan hal tersebut membantu mereka untuk memahami teks-teks audio sebagai bahan penguasaan kemahiran mendengar dalam proses pembelajaran.


Keywords


Pemahaman mendengar, bahasa Perancis, strategi kognitif

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.