HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGUASAAN ASAS KOSA KATA ARAB DAN TATABAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MADRASAH TAHFIZ SEKITAR MELAKA

Nuraznan bin Jaafar, Mohd Zahimie bin Dzahid, Noor Adawiyah binti Ahmad Radzi, Akmarina binti Mohd Salwai

Abstract


Artikel ini menghuraikan kajian yang dijalankan berkaitan tahap penguasaan bahasa Arab.  Antara  aspek penting dalam menentukan tahap penguasaan bahasa Arab seseorang pelajar ialah aspek asas kosa kata Arab dan tatabahasa Arab. Kajian ini dijalankan kepada pelajar-pelajar madrasah tahfiz sekitar Melaka berdasarkan kepada keputusan peperiksaan bahasa Arab yang menunjukkan pencapaian yang sangat lemah bagi pelajar Program Tahfiz Bestari di KUIM. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu mengetahui tahap penguasaan asas kosa kata Arab, mengetahui tahap penguasaan asas tatabahasa Arab dan mengenalpasti hubungan tahap penguasaan asas kosa kata Arab dan tahap penguasaan asas tatabahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah ujian bertulis dan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 270 orang pelajar dari 9 buah madrasah tahfiz sekitar Melaka dipilih secara rawak bertujuan sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan bagi melihat hubungan tahap penguasaan asas kosa kata Arab dan tahap penguasaan asas tatabahasa Arab. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa min tahap penguasaan asas kosa kata Arab adalah pada tahap tinggi dengan nilai min=15.29 manakala tahap penguasaan asas tatabahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz sekitar Melaka pula adalah pada tahap sederhana dengan nilai min=12.53. Selain itu, Ujian Khi Kuasa Dua juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (0.01) antara tahap penguasaan asas kosa kata Arab dan tatabahasa Arab bagi pelajar madrasah tahfiz sekitar Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tahfiz mampu mempelajari bahasa Arab dengan baik di samping pengajian al-Quran yang menjadi manhaj pengajian harian mereka. Justeru itu, satu kaedah pembelajaran bahasa Arab  berasaskan al-Quran perlu dikaji dengan mendalam supaya dapat memberi panduan kepada pelajar dalam memilih kaedah pembelajaran bahasa Arab yang sesuai dengan latar  belakang seseorang pelajar tersebut. 


Keywords


Kosa Kata Arab, Tatabahasa Arab, Pembelajaran Arab, Penguasaan Arab

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.