HUBUNGAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MASTERI DAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH DI MELAKA

Faridah Hanim binti Ishak, Mohd Yusof bin Abdullah, Suhailah binti Ishak

Abstract


Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti hubungan pelaksanaan pembelajaran Masteri dan penguasaan konsep Sains dengan pencapaian mata pelajaran Sains sekolah rendah di Melaka. Kajian ini turut membincangkan isu dan kekangan dalam bidang pendidikan dengan memberi tumpuan khusus kepada permasalahan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah rendah yang merupakan antara faktor penyumbang kemerosotan prestasi Sains. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif bukan eksperimen (non-experiment). Instrumen untuk memperoleh data responden adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Bilangan responden seramai 510 orang guru Sains di sekolah rendah yang dipilih dari sampel berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Science for Windows (SPSS). Kebolehpercayaan instrumen bagi pengetahuan Pembelajaran Masteri (PM) guru Sains menunjukkan nilai Alpha Cronbach (?)=0.933. Bagi nilai kebolehpercayaan instrumen Penguasaan Konsep Sains bernilai Alpha Cronbach (?)=0.922. Seterusnya, nilai kebolehpercayaan instrumen bagi pencapaian mata pelajaran Sains bernilai Alpha Cronbach (?)=0.872. Data yang diperoleh adalah berdasarkan kekerapan tahap persetujuan responden yang diukur menggunakan skala Likert dengan 5 mata poin. Data yang telah dianalisis melibatkan penggunaan ujian t dan korelasi antara variabel bersandar dan tidak bersandar. Hasil analisis soal selidik telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pembelajaran Masteri dan pencapaian mata pelajaran sains sekolah rendah (r=.331,p<.05). Seterusnya, dapatan turut membuktikan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara Pembelajaran Masteri dengan penguasaan konsep Sains murid (r=.368,p<.05). Dapatan kajian turut menjelaskan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara penguasaan konsep Sains dengan pencapaian mata pelajaran Sains murid-murid (r=.446,p<.05). Maka, dengan ini jelas membuktikan kajian ini bahawa pelaksanaan pendekatan pembelajaran Masteri dan penguasaan konsep Sains mempunyai hubungan dengan peningkatan pencapaian mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Justeru itu,  implikasi dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa pendekatan Pembelajaran Masteri wajar diaplikasikan sebagai pendekatan alternatif di bilik darjah. Pendekatan ini perlu dilaksanakan secara meluas dan afektif agar murid-murid dapat menguasai konsep Sains dengan lebih mantap, seterusnya menyumbang ke arah peningkatan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains khususnya di sekolah rendah.


Keywords


Pembelajaran Masteri, konsep Sains, pencapaian, pengajaran dan pembelajaran (PdP), kemerosotan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.