MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ARAB JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (SMA JAIM) TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Nur Afifah binti Fadzil, Nur Aznan bin Jaafar, Roslida binti Saad, Ahmad Syukri bin Musa

Abstract


Motivasi merupakan faktor penting yang mampu mempengaruhi peningkatan mahupun penurunan pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi membolehkan mereka menguasai bahasa Arab dengan berkesan. Kajian ini dijalankan terhadap 316 orang pelajar tingkatan lima di enam buah sekolah menengah arab Jabatan Agama Islam Melaka (SMA JAIM) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pencapaian bahasa Arab pelajar dalam peperiksaan percubaan SPM 2017 serta tahap motivasi pelajar SMA JAIM terhadap pembelajaran bahasa Arab. Ia juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara motivasi pelajar dengan penguasaan bahasa Arab setelah mereka mempelajari bahasa Arab semenjak dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif digunakan untuk mengumpul dapatan data kajian lepas berkaitan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Manakala data kuantitatif dikumpulkan menerusi set soal selidik berkaitan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Dapatan kajian mendapati secara purata, skor responden bagi motivasi pelajar berada pada tahap tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan positif antara motivasi pelajar dengan penguasaan bahasa  Arab. Namun begitu, menerusi analisis regresi berganda yang dilakukan, faktor motivasi tidak mempengaruhi penguasaan bahasa Arab pelajar.

 


Keywords


motivasi, bahasa Arab

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.