PSIKOLINGUISTIK: TEORI GENERATIF PERBANDINGAN KONSTRUKSI STRUKTUR KATA KERJA (AVOIR) DAN (ÊTRE) DALAM AYAT ASAS BAHASA PERANCIS DAN MELAYU

Mohd Nor Azan bin Abdullah, Jeannet Stephen, Mohd Yusof bin Abdullah

Abstract


Kajian ini memfokuskan ilmu psikologi  dalam menganalisis bahasa melalui pengamatan Teori Generatif (TG) dalam pembelajaran bahasa. Psikolinguistik Teori Generatif (TG) mengkaji pemerolehan dan penguasaan bahasa kedua atau ketiga melalui penelitian perbandingan konstruksi struktur kata kerja (avoir), (être) dalam ayat asas bahasa Perancis yang berasal daripada turunan Indo-Eropah dan bahasa Melayu daripada rumpun Austronesia. Kedua-dua bahasa daripada induk yang berlainan ini mungkin memperlihatkan perbezaan dan persamaan struktur asas sintaksis berdasarkan elemen linguistik, khususnya dalam membina ayat mudah melalui Teori Generatif (TG). Metodologi kajian ialah kajian perpustakaan dengan merujuk buku-buku atau dokumen tatabahasa bagi kedua-dua bahasa. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya persamaan dan perbezaan konstruksi penggunaan kata kerja tersebut. Contohnya, Je suis grand (Saya tinggi). Je suis adalah turunan konjugasi kata kerja (être) dalam kata ganti diri pertama manakala dalam bahasa Melayu, ayat ini tidak memerlukan kata kerja. Pemahaman tentang perbezaan dan persamaan struktur kata kerja tersebut dapat ditunjukkan melalui proses pengaplikasian Teori Generatif (TG) dalam pembelajaran bahasa berkenaan. Dengan induk bahasa yang berlainan, kajian ini akan memperlihatkan pembentukan komponen ayat dalam konstruksi sintaksis (avoir) dan (être) bagi kedua-dua bahasa tersebut.


Keywords


Psikolinguistik, Teori Generatif, Perbandingan, Struktur, Kata Kerja (avoir), (être), Ayat Asas, Elemen Linguistik, Bahasa Perancis, Bahasa Melayu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.