PENGARUH PERSEKITARAN DALAM PENGGUNAAN STRATEGI MEMORI KOSA KATA PELAJAR KUIM

Noorhidayah Abu Hasim, Nurul Huda Adnan, Nor Izzuani Izhar, Abdul Muhaimin Abu Bakar

Abstract


Pengkaji bahasa bersepakat menyatakan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap kosa kata bahasa Arab dan bahasa Inggeris kurang memuaskan. Hal ini diyakini berpunca daripada penggunaan teknik mengingat yang kurang berkesan. Realitinya, pelajar boleh menggunakan persekitaran sebagai salah satu teknik yang boleh membantu mereka untuk menguasai kosa kata seterusnya menguasai sesuatu bahasa. Kajian ini dijalankan bertepatan dengan objektif yang disasarkan iaitu menganalisis pengaruh persekitaran terhadap teknik mengingat kosa kata yang diaplikasikan oleh pelajar KUIM. Kajian kualitatif ini menerapkan kaedah temu bual untuk mendapatkan data seterusnya mengaplikasikan pendekatan deskriptif dalam persembahan dapatan. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar KUIM yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan. Data kemudiannya dianalisis menggunakan Teori Semiotik Sosial oleh Halliday (1978) dan Model Analisis Pengaruh Konteks Tempatan dalam pembelajaran wacana Arab oleh Mohd Zuhir (2013). Dapatan menunjukkan bahawa teknik mengingat kosa kata pelajar sememangnya dipengaruhi oleh persekitaran dan aktiviti sosial mereka. Hasil kajian dijangka dapat membantu pelajar menguasai kosa kata bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang dipelajari sekaligus memperbaiki pencapaian pembelajaran bahasa sasar mereka.


Keywords


strategi memori, kosa kata, persekitaran, pelajar Kolej Universiti Islam Melaka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.