ANALISIS MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS PENGAJIAN MUALAF DI PUSAT PERLINDUNGAN BAITUS SALAM SELANGOR

Faezy Adenan, Mohd Afandi Mat Rani, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Azri Bahari, Asmaa’ Mohd Arshad, Siti Afifah Md Rani

Abstract


Pada tahun 2017, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengambil alih pengurusan Pusat Perlindungan Muallaf (Baitus Salam) daripada Majlis Agama Islam Selangor. Objektif penubuhan Baitus Salam adalah sebagai pusat bimbingan fardu ain kepada mualaf serta memelihara akidah mereka dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu. Artikel ini bertujuan untuk melihat secara menyeluruh modul yang telah digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian mualaf di Pusat Perlindungan Baitus Salam Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan hasil daripada responden. Seramai 22 orang responden telah ditemubual dalam kajian ini. Temubual adalah bersifat in-depth interview dan structured-interview di mana temubual ini dijalankan dengan menggunakan panduan daripada borang soal selidik. Pemilihan responden adalah berdasarkan ciri dan kriteria yang telah ditetapkan mengikut kehendak kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis bagi mendapatkan data demografi responden dan pandangan responden terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian saudara baru di Pusat Perlindungan Baitus Salam Selangor dengan menganalisis data berbentuk deskriptif. Kajian mendapati bahawa secara keseluruhan analisis awal berkaitan modul pengajaran dan pembelajaran di Baitus Salam berada pada tahap yang baik, namun perlu kepada beberapa penambahbaikan bagi memudahkan para pelajar memahami dan mengingat seterusnya mengamalkan ilmu-ilmu berkaitan agama Islam agar menjadi seorang Muslim yang terbaik.


Keywords


modul, pengajaran, pembelajaran, mualaf, Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.