HUBUNGAN AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KECERDASAN EMOSI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEMPORNA SABAH

Abdul Said Ambotang, Haniza Jadin

Abstract


Pengetua dan guru merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu kecemerlangan sekolah. Keupayaan pengetua mempengaruhi guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang bagi mencapai matlamat sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan instruksional dan kecerdasan emosi pengetua dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Semporna. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 120 orang guru di tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Semporna. Tiga bentuk borang soal selidik (PIMRS, ECI-V2 dan TSES) digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferens menggunakan SPSS versi 2.3. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan efikasi kendiri guru lelaki dan perempuan, iaitu min efikasi kendiri guru perempuan lebih tinggi daripada min guru lelaki. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statistik positif yang lemah antara kepimpinan instruksional dan kecerdasan emosi pengetua terhadap efikasi kendiri guru. Kajian ini memberi implikasi berkaitan kepentingan menyediakan guru serta pemimpin sekolah dengan pengetahuan berkaitan aspek psikologi, personaliti, kemahiran dan membina perhubungan positif bersama ahli dalam organisasi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta membentuk budaya sekolah berkesan dan terbilang.


Keywords


Amalan Kepimpinan Instruksional, Kecerdasan Emosi, Efikasi Kendiri Guru

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.