PEMBINAAN MODEL KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB “MGG@TfModKTBa@INNOV” DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA

Asma Abdul Rahman, Nursilah Ahmad

Abstract


Pembelajaran bahasa Arab telah bermula di Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi. Bermula dari waktu tersebut, bahasa Arab telah dipelajari di sekolah-sekolah kerajaan di peringka tsekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam.Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian bahasa Arab di peringkat Ijazah Sarjana Muda termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Namun, pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur tidak begitu memberangsangkan sebagaimana dalam laporan kajian-kajian lepas.Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar pengkhususan bahasa Arab di IPTA Malaysia dan mengenal pasti punca kelemahan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar supaya dapat dijadikan sandaran untuk mewujudkan model kemahiran bertutur bahasa Arab “MGG@TfModKTBa@INNOV”. Kajian ini juga melibatkan kajian kes di dua buah universiti iaitu Universitas Darussalam, Gontor, Indonesia dan Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan untuk mengetahui cara menyelesaikan masalah kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar bukan penutur asli. Pemilihan dua buah universiti tersebut adalah berdasarkan kejayaan menghasilkan penutur bukan asli yang boleh bertutur dalam bahasa Arab. Selain itu, data juga dikumpul melalui kajian dokumentasi di ibu pejabat Pusat ISESCO bahasa Arab bertempat di Rabat,Maghribi. Kajian ini juga melibatkan kajian lapangan di tujuh buah universiti awam Malaysia yang menawarkan pengkhususan matapelajaran bahasa Arab. Responden kajian melibatkan 300 orang pelajar menggunakan instrument soalselidik, pemerhatian dan temubual secara berkumpulan. Data primer dan sekunder akan dianalisis untuk membina model baru “MGG@TfModKTBa@INNOV” dalam bentuk aplikasi multimedia perisian 3D bagi menyelesaikan masalah bertutur dalam kalangan pelajar pengkhususan bahasa Arab di IPTA Malaysia. Pembinaan model baru ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan dan dasar kepada pembelajaran bahasa Arab dan pembinaan silibus baharu bahasa Arab dalam meningkatkan kemahiran bertutur pelajar di samping menarik minat pelajar untuk mengambil pengkhususan bahasa Arab di IPTA Malaysia.


Keywords


Model, Kemahiran, Bertutur Bahasa Arab, “MGG@TfModKTBa@INNOV”

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.