LEKSIKAL PENUTUR DIALEK PULAU PINANG DALAM KALANGAN KAKITANGAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) DARI SUDUT PRAGMATIK

Zul Hanis Yop Othman, Nabillah Bolhassan

Abstract


Kajian ini memberi penelitian terhadap leksikal perbualan penutur dialek Pulau Pinang dalam kalangan kakitangan FAMA. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menganalisis penggunaan leksikal oleh penutur dialek Pulau Pinang dalam kalangan kakitangan FAMA berdasarkan Teori Relevans. Teori Relevans yang dipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986) telah dipilih sebagai teori kajian. Data kajian ialah ujaran dialek Pulau Pinang yang dihasilkan dalam kalangan subjek semasa bertutur sama ada dalam situasi formal mahupun tidak formal yang terdiri daripada kakitangan FAMA. Subjek terpilih sememangnya berasal dari negeri Pulau Pinang dan bekerja di FAMA Ibu Pejabat Bandar Baru Selayang di Selangor. Lingkungan umur subjek ialah 20, 30 dan 40 tahun. Perbualan subjek dirakam secara spontan dengan bantuan alat perakam suara, teknik pemerhatian dan catatan. Data yang dirakam dan dicatat telah dibahagikan mengikut situasi dan dijadualkan untuk dianalisis makna dari sudut semantik dan pragmatik menggunakan teori relevans. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kekaburan dan kekeliruan makna perkataan kepada pendengar bagi mendapatkan makna sebenar yang diujarkan. Hal ini kerana pendengar bukan penutur jati dialek Pulau Pinang. Bagi memahami makna ujaran tersebut, tiga aspek dalam Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986) digunakan iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses.

 


Keywords


Leksikal, Perbualan, Dialek Pulau Pinang, Teori Relevans

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.