TAHAP PENGETAHUAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH SEPANG, SELANGOR TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Muhammad Izzat Mailis

Abstract


Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Sepang, Selangor tentang Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kajian ini menggunakan pensampelan rawak mudah yang melibatkan 132 orang responden di tiga buah sekolah kebangsaan di daerah Sepang sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk mendapatkan perolehan skor peratusan. Borang soal selidik digunapakai sebagai instrumen kajian diadaptasi daripada buku panduan Pembelajaran Abad ke-21 untuk mengetahui tahap pengetahuan guru tentang kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kelima-lima aspek yang dikaji berada pada tahap yang tinggi, iaitu konsep pembelajaran abad ke-21 (98.52%), standard asas dalam PAK21 (98.17%), kemahiran murid dalam PAK21 (94.77%), elemen dalam rancangan pengajaran harian abad ke-21 (99.01%) dan contoh pembelajaran berasaskan aktiviti (96.86%). Kesimpulannya, tahap pengetahuan guru tentang pembelajaran abad ke-21 adalah baik. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif tambahan dengan menjalankan latihan dalam perkhidmatan secara berkala, kursus-kursus yang berkaitan dengan pembelajaran abad ke-21 dan juga bengkel-bengkel berkaitan agar ia dapat memberikan manfaat kepada guru-guru dalam meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka tentang sebarang perubahan dan juga penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak terbabit di dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.


Keywords


Tahap pengetahuan, Pembelajaran Abad ke-21, guru-guru, sekolah kebangsaan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.