PERMAINAN INTERAKTIF MEMBANTU PEMBELAJARAN MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK EMPAT TAHUN

Nurdiyana Tasripin, Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nur Hazwani Abdul Wahi

Abstract


Pendidikan prasekolah merupakan langkah awal dalam membina pengetahuan dan kefahaman kepada kanak-kanak. Tugas guru adalah memastikan aktiviti yang dijalankan kepada kanak-kanak bersesuaian dengan umur dan perkembangan mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan permainan interaktif dalam membantu kanak-kanak mengenal nombor asas matematik awal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kajian kes. Seramai dua orang kanak-kanak empat tahun telah dipilih sebagai responden kajian. Pemerhatian, diari catatan dan rakaman dilakukan bagi pengumpulan data dan dianalisis menggunakan perisian NVivo 12 Plus. Dapatan kajian menunjukkan permainan interaktif yang digunakan dalam pengajaran dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dalam mengenali dan menyebut nombor asas yang dipelajari dengan lebih cepat. Hal ini memberikan kesimpulan bahawa penggunaan permainan interaktif sangat sesuai dalam membantu proses pengajaran guru bagi meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenal nombor asas matematik awal. 


Keywords


Permainan interaktif, nombor asas, matematik awal

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.