MASALAH TINGKAH LAKU DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TADIKA

Zaleha Damanhuri, Mariani Md Nor, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi

Abstract


 

Kajian ini adalah berkaitan masalah tingkah laku kanak-kanak tadika. Tujuan kajian adalah untuk melihat masalah tingkah laku kanak-kanak mengikut domain iaitu (i) berpusatkan diri sendiri (Do1), (ii) masalah perhatian (Do2) dan (iii) anti sosial (Do3), (iv) menarik diri dari bersosial (Do4) dan (v) kebimbangan/masalah tubuh badan (Do5). Masalah tingkah laku kanak-kanak juga dinilai melalui domain masalah externalizing dan masalah internalizing. Masalah tingkah laku (masalah externalizing) melibatkan tiga (3) domain iaitu (i) berpusatkan diri sendiri (Do1), (ii) masalah perhatian (Do2) dan (iii) anti sosial (Do3). Manakala masalah tingkah laku (masalah internalizing) melibatkan dua (2) domain iaitu (i) menarik diri dari bersosial (Do4) dan (ii) kebimbangan/masalah tubuh badan (Do5). Kajian ini melibatkan seramai 373 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dan 6 tahun dari 18 buah tadika swasta dengan melibatkan 71 orang guru di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada Preschools Kindergarten Behaviour Scales (PKBS). Data kanak-kanak diperoleh melalui guru yang telah mengajar kanak-kanak melebihi enam bulan ke atas bagi mendapatkan maklumat masalah tingkah laku kanak-kanak dengan mengisi Bahagian C iaitu tentang profil guru dan kanak-kanak serta Bahagian D adaptasi PKBS. Analisis data menggunakan program SPSS 24.0 dengan kaedah deskriptif dan inferens (Khi Kuasa Dua). Hasil kajian mendapati masalah tingkah laku kanak-kanak tadika bagi domain berpusatkan diri sendiri (Do1) mempunyai min tertinggi iaitu 1.65 dan sisihan piawai adalah 0.58 diikuti domain masalah perhatian (Do2) dengan skor min ialah 1.63 dan sisihan piawai 0.58 seterusnya domain kebimbangan/masalah tubuh badan (Do5) dengan skor min ialah 1.60 dan sisihan piawai 052, diikuti domain anti sosial (Do3) dan paling rendah skor min ialah 1.40 dan sisihan piawai 0.51. Keputusan juga menunjukkan masalah tingkah laku aspek masalah externalizing adalah memiliki skor min paling tinggi iaitu 1.58 dan sisihan piawai 0.56 berbanding aspek masalah internalizing dengan skor min terendah 1.34 dan sisihan piawai 0.48. Keputusan turut menunjukkan bahawa faktor peribadi iaitu umur dan jantina tidak ada kaitan dengan gejala masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak tadika. Secara keseluruhannya masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak Tadika di Melaka Tengah berada dalam keadaan baik dan terkawal.  


Keywords


Masalah tingkah laku kanak-kanak, Domain, Externalizing, Internalizing, Faktor peribadi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.