KESAKSIAN KANAK-KANAK DALAM KES-KES JENAYAH: PERBANDINGAN ANTARA KES SYARIAH DAN SIVIL

Fathin Shahirah Abd Rahim

Abstract


Keterangan daripada saksi mampu memberi kesan kepada keputusan kes yang dibicarakan di sesuatu mahkamah. Maka, amat penting untuk memastikan kebenaran sesuatu kesaksian sebelum ia diterima. Halini demi memastikan kemenangan berpihak kepada pihak yang benar. Perbincangan ini memfokuskan kepada kesaksian kanak-kanak kerana kesaksian mereka menjadi isu dan seringkali ditolak oleh mahkamah. Oleh itu, artikel ini akanmengkaji dan membincangkan tentang sejauhmana kebolehterimaan kesaksian kanak-kanak dalam perbicaraan. Perbincangan dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan data untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dan menemu bual hakim Mahkamah Rendah Syariah Pendang, Kedah serta menganalisis kes-kes yang melibatkan kesaksian kanak-kanak sama ada ditolak mahupun diterima. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menganalisis kes-kes dengan menggunakan kaedah perbandingan deskriptif. Hasil perbincangan menunjukkan kesaksian kanak-kanak ditolak keranatidak disokong oleh keterangan lain dan dikhuatiri kanak-kanak tersebut terkeliru di antara realiti dan fantasi. Namun, terdapat sesetengah kes menerima kesaksian kanak-kanak dengan mengambil kira terhadap tahap kecerdasan akal kanak-kanak tersebut. Selain itu, tahap kematangan kanak-kanak juga turut diambil kira untuk memastikan mereka benar-benar memahami perkara yang telah berlaku semasa memberikan keterangan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya satu ujian dilakukan terhadap kanak- kanak untuk menguji tahap kecerdasan dan kebijaksanaan mereka. Antara perkara yang sepatutnya dinilai semasa ujian ini adalah tahap mumayyiz, kematangan dan kebijaksanaan seseorang kanak-kanak. Di samping itu juga, perkara lain yang perlu dititik beratkan adalah dari aspek pendidikan dan persekitaran kanak-kanak tersebut

Keywords


keterangan, saksi, kanak-kanak, kebolehterimaan, ujian, kecerdasan, kematangan

Full Text:

PDF

References


Aminuddin Mustaffa & Siti Nurul Aziera Moharani. 2012. Isu dan Permasalahan

Keterangan Kanak-kanak di Bawah Undang-undang di Malaysia: Satu Penilaian. 24

KANUN (1): 52-76.

Amin al-Jarumi. 2005. Pembuktian Dalam Syariat Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan

Universiti(UPENA)

Azizah Rapini. 2016. Jurnal Hukum: Syahadah Dalam Undang-Undang Keterangan

Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Kajian Literatur. Kolej Universiti Islam

Selangor.

Ibrahim al-Bajuri. 1918. Hasyiah al-Bajuri ‘ala Ibn Qasim al-Ghazi. Juzuk 1. Mesir: Darul

Ihya’ al-Kitabal-‘Arabiyah.

Jal Zabidi. 2010. Keterangan Kanak-kanak: Kenapa? Tidak Percaya Ke? Dlm Jenayah

Kekerasan RumahTangga, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mazlan Yahya. 2016. Slide Teknik Pemeriksaan Saksi. Bengkel di ILKAP Bangi.

Muhammad Idris. 1983. Al-Umm. Jilid 7. Kaherah: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.

M. Sayyid Muhammad Az-Za’balawi. 2007. Pendidikan Remaja antara Islam & Ilmu Jiwa.

Indonesia: Gema Insani Press.

Siti Zalikhah Md. Noor. 2006. Al-Syariah. Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Wafaa’ Yusof. 2018. Tatacara Soal Siasat Suspek Kes Jenayah Syariah Negeri-Negeri Di

Malaysia Dlm eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues.

-26 Mac 2018. Kelantan:UiTM.

STATUT

Akta Keterangan 1950.

Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah

Persekutuan 1997Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak

KES-KES

Choo Chong & lain-lain lawan Pendakwa Raya [1960] 1 MLJ 23

Sidek Bin Ludan lawan Pendakwa Raya [1995] 3 MLJ 178

Yusaini bin Mat Adam v Public Prosecutor [1999] 3 MLJ 582

Gurdial Singh a/l Pretum Singh [2002] MLJU 429

Shamsinar Abdul Halim v. PP & Rayuan Yang Lain [2018] 1 LNS 422

Loo Chuan Huat v Public Prosecutor [1971] 2 MLJ 167b

Ravamanickam v Public Prosecutor [1966]1 MLJ 60

Public Prosecutor v Richard Devadasan A/L Sabariah [2005] 3 MLJ 17.

Tajudin bin Salleh v Public Prosecutor [2008] 1 MLJ 397


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.