AKAD YANG DILAKSANAKAN DALAM APLIKASI FOODPANDA: SATU TINJAUAN

Muhammad Ilhamuddin Arsad

Abstract


Aplikasi perdagangan elektronik telah berkembang pesat sehinggakan semua pemilik peranti elektronik boleh menggunakannya. Aplikasi perdagangan elektronik sebagai contoh Foodpanda telah menjadi aplikasi utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam urusan perniagaan, transaksi malahan juga pekerjaan. Maka, berdasarkan kepada kepesatan teknologi yang terdapat pada aplikasi Foodpanda yang merupakan salah satu daripada bentuk perdagangan elektronik, maka akad-akad yang terkandung di dalamnya dilihat semakin kompleks. Agama Islam sendiri menitik beratkan akad yang sah dalam suatu transaksi. Hal ini semestinya bagi mengelakkan berlaku kezaliman atau mencari keuntungan dengan cara yang salah dalam suatu transaksi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti akad yang dilaksanakan dalam penggunaan aplikasi Foodpanda ialah selaras dengan apa yang diperuntukkan oleh syarak. Selain itu, penulisan ini juga ialah untuk mengenalpasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aplikasi Foodpanda yang merupakan salah satu bentuk perdagangan elektronik. Tambahan lagi, penulisan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kes-kes yang berlaku berkaitan dengan perdagangan elektronik. Kajian ini menggunakan metodologi kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya, kajian ini dihasilkan menerusi analisis terhadap konsep akad-akad yang terdapat pada aplikasi Foodpanda, peruntukan undang-undang dan juga kes-kes yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat dua akad yang dilaksanakan apabila seseorang itu menggunakan aplikasi Foodpanda untuk melakukan pembelian.

Keywords


Foodpanda, aplikasi perdagangan elektronik, akad, perundangan perdagangan elektronik

Full Text:

PDF

References


Amalia, Laili Nur. (1915). Tinjauan Ekonomi Islam Terhadap Penerapan Akad Ijarah Pada

Bisnis Jasa Laundry. Jurnal ekonomi dan hukum Islam, 5(2).

Anam, Mohamad Hoirul. (2019). Transaksi Jual Beli On-Line (Instagram) dengan Akad

Salam. Momentum, 7(2), 27-48.

Cheong May Fong. (2006). E-Commerce in Malaysia: Issues and Challenges in The Formation

of Contracts, ICT its Impact on Selected Areas of the Law. Kuala Lumpur: University

of Malaya Press

Dwi, Martini. (2014). Perdagangan elektronik (e-commerce) dalam perspektif Islam. Ijtihad:

Jurnal Hukum dan Ekonomi Islam, 8(2), 203-226.

Gita Radhakrishna. (2014). Distinguishing Between Admissibility and Authenticity of

Electronic Evidence. [2014] 6 MLJ xxxv.

Hidayah Ardiana. (2020). Akad Perdagangan Electronic Commerce ditinjau dari Kompilasi

Hukum Ekonomi Syariah. Prodising ISID, (1), 226-232.

Hidayati, Nurul, dan Agus Sarono. (2019). Pelaksanaan Akad Qardh Sebagai Akad Tabbaru.

Notarius, 12(2), 931-947.

Jill Poole. (2015). Concentrate Contract Law. 2nd Edition. United Kingdom: Oxford

University Press.

Khisom, Muhammad. (2019). Akad Jual Beli Online Dalam Perspektif Hukum Islam Dan

Hukum Positif. Turatsuna: Jurnal Keislaman dan Pendidikan, 1(1), 59-67.

Nurhayati. (2022). Transaksi Perniagaan Secara Elektronik Dalam Perspektif Hukum Islam.

Milkiyah: Jurnal Hukum Ekonomi Syariah, 1(1), 1-7.

Siregar, Padian Adi Salamat. (2019). Keabsahan Akad Jual Beli Melalui Internet Ditinjau dari

Hukum Islam. EduTech: Jurnal Ilmu Pendidikan dan Ilmu Sosial, 5(1).

Suhaimi, Roshaimizam, Ismail Ahmad, Mohd Hapiz Mahaiyadin, (2021). Akad Jual Beli

dalam Talian Berasaskan Prinsip Fiqh Muamalat. Journal of Contemporary Islamic

Law, 6(2), 1-11.

STATUT

Akta Kontrak 1950.

Akta Perdagangan Elektronik 2006.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Akta Sistem Pembayaran 2003.

Akta Tandatangan Digital 1997.

E-Commerce (EC Directive) Regulations 2002

KES-KES

Thomas lwn BPE Solicitors (a firm) [2010] EWHC 306

Choo Tiong Hin dll lwn Choo Hock Swee [1959] MLJ 67

Chwee Kin Keong lawan Digilandmall.com Pte Ltd [2005] 1 SLR 502

Argos (2007)

Mehta lwn J Pereira Fernandes S.A [2006] EWHC 813 Ch


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.