KERELEVANAN FAKTA MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor

Abstract


Bagi memastikan konsep kerelevanan dipatuhi, maka undang-undang keterangan Mahkamah
Syariah membenarkan dua bentuk fakta sahaja yang boleh dikemukakan di mahkamah iaitu
fakta persoalan dan qarinah. Isu dan permasalahan timbul apabila terdapat pihak-pihak
khususnya yang terlibat secara langsung dalam industri perundangan yang keliru berkaitan
konsep kerelevanan fakta ini. Hal ini disebabkan dengan penggunaan istilah qarinah dalam
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang diterima sebagai sama dengan fakta berkaitan
dalam Akta Keterangan 1950. Secara tidak langsung, qarinah di Mahkamah Syariah telah
diiktiraf sebagai fakta dan keterangan. Justeru itu, objektif artikel ini adalah untuk meneliti
konsep kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah berdasarkan kepada peruntukan
undang-undang. Metode penulisan ini akan menggunakan pendekatan deskriptif serta
membuat analisa kandungan dengan meneliti peruntukan undang-undang yang berkaitan,
artikel-artikel serta kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah. Dapatan menunjukkan
bahawa terdapat beberapa “lakuna” dan kekangan dari aspek pemahaman dan pemakaian
terhadap kerelevanan fakta-fakta di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, antara
cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah mengekalkan istilah fakta berkaitan
dalam peruntukan undang-undang keterangan Mahkamah Syariah tanpa menggantikannya
dengan istilah qarinah seperti pengamalan sekarang.


Keywords


Kerelevanan, Fakta, Qarinah, Undang-undang Keterangan, Mahkamah Syariah.

Full Text:

PDF

References


Abd. Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’. Baghdad: Maktabah al-‘Ain.

Abdul Hamid & Ahmad Ibrahim. (1994). “Nota Perbicaraan dan Rayuan”, Jurnal Hukum, Jil.

IX/I 1994, h. 9.

Ahmad Ibrahim. (1996). “Perkembangan Mutakhir Undang-undang Keterangan Mahkamah

Syariah”, Bengkel Kebangsaan Undang-undang Keterangan di Mahkamah Syariah.

Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmud Saedon A. Othman. (1995). “Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah: Satu

Analisis”, dalam Undang-undang Keterangan dan Prosedur di Mahkamah, ed. Abd.

Monir Yaacob. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Mohd Sabree Nasri & Ruzman Md Noor (2021). “Pemakaian Keterangan Pendapat Pakar

Sebagai Kaedah Pembuktian di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran”, Jurnal ‘Ulwan,

Special Issue I: Kolokium Penyelidikan Ijazah Tinggi, No. 6 (Bil.1) 2021: 172-190.

Muslim. (1930). Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Jil.-12. Mesir: al-Matba’ah al-Misriyyah

wa Maktabatuha.

Mustafa Zarqa’. (1968). Al-Fiqh al-Islami fi Saubihi al-Jadid: al-Madkhal al-Fiqh al-‘Am.

Damsyiq: Maktabah Tubin.

Richard May. (1995). Criminal Evidence. Ed.-3. London: Sweet & Maxwell.

Ruzman Md Noor. (2008). “Penulisan Teks Penghakiman dari Aspek Keterangan di

Mahkamah Syaruah”, dalam Penulisan Teks Penghakiman di Mahkamah Syariah, ed.

Ruzman Md Noor. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Sir James Fitzjames. (1936). A Digest of The Law of Evidence, Ed.-12. London: Macmillan

and Co Ltd.

Rujukan Statut

Akta Keterangan 1950.

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Indian Evidence Act 1872.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.